Kata-kata

Kata-kata

Friday, October 25, 2013

PENAWAR YANG DISEBUT DI DALAM AL-QURAN DAN AL-HADITH

Keistimewaan Lebah telah diabadikan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran yang bermaksud:

" Dari perut lebah itu keluarlah minuman madu yang bermacam-macam warnanya sebagi syifa' ( penawar) bagi manusia" -- ( An-Nahl: 69 )

Manakala tentang Habbatus Sawda' pula Rasulullah S.A.W telah bersabda maksudnya:
" Tetaplah kamu berubat dengan Habbatus Sawda' ini kerana sesungguhnya ia mengandungi bahan penyembuh bagi setiap penyakit kecuali mati."

Analisis Pakar Perubatan Moden menunjukkan Madu & Habbatus Sawda' banyak memberi pertolongan untuk merawat, meringan, memperbaiki & menyembuh pelbagai jenis penyakit.

Yakin akan sabda Rasul: " Bagi setiap penyakit itu ada ubatnya, maka apabila ubat serasi dengan penyakit, ia akan sembuh dengan izin Allah." -- ( H/R: Muslim )





No comments:

Post a Comment