Kata-kata

Kata-kata

Sunday, November 10, 2013

KHASIAT DAN KEGUNAAN MISAI KUCING DALAM MAHER

Herba Misai Kucing telah digunakan sejak beratus-ratus tahun dahulu oleh pengamal perubatan tradisional untuk merawat penyakit berkaitan pundi kencing (seperti batu karang) dan buah pinggang.

Kandungan ortosifonim dan garam kalium (yang terdapat pada daunnya), merupakan komponen utama yang membantu larutnya asid urik, fosfat dan oksalat dalam tubuh manusia, terutama dalam hempedu ataupun ginjal sehingga dapat mencegah terjadinya endapan batu karang. Kandungan saponin dan tanin pada daun juga boleh mengubati penyakit keputihan yang dialami oleh sesetengah wanita. Daun Misai Kucing digunakan bersama daun hempedu bumi untuk melawaskan buang air kecil (bersifat diuretik), rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin, kencing manis dan demam. Tanaman ini juga boleh digunakan sebagai bahan anti alergi.

Misai Kucing banyak terdapat di kawasan lapang seperti di tepi jalan dan kawasan tanah terbiar samada kawasan tanah rendah atau tinggi. Selain tumbuh secara liar, Misai Kucing juga ditanam di kawasan rumah sebagai tanaman hiasan kerana bunganya yang menarik. Daun misai kucing digunakan bersama hempedu bumi bagi melawaskan pembuangan air kecil, rawatan batu ginjal, reumatisme, sakit pinggang, radang ginjal, masuk angin,kencing manis dan demam.

KEPENTINGAN DAUN MISAI KUCING

• Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
• Digunakan untuk merawat areriosklerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan reumatisme. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
• Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
• Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kencing).
• Merawat penyakit buah pinggan
• Batu pundi kencing
• Jangkitan saluran kencing
• Hati dan masalah pundi kencing
• Kencing manis
• Sakit sendi
• Batu karang
• Gout
• Mengurangkan kolesterol dan tekanan darah
• Nephritis
• Melegakan kekejangan otot dalam dinding organ dalaman
• Merawat lemah jantung dan darah tinggi




No comments:

Post a Comment