Kata-kata

Kata-kata

Sunday, November 17, 2013

LEBAH DIANGKAT DARJATNYA KERANA TAWADUK (DISEBUT DALAM HADIS QUDSI)


Sebagaimana diriwayatkan sesungguhnya ada lima makhluk yang bertawaduk yang telah diangkat darjat mereka oleh Allah s.w.t lebih tinggi dari yang lain. Allah Ta'ala mengangkat darjat di antara rasul-rasulnya (Ulu Azmi) di mana Allah telah mengajukan soalan yang sama, "Siapakah engkau?' kepada Nabi Ibrahim a.s. , Nabi Musa a.s., Nabi Nuh a.s, Nabi Isa a.s. dan Nabi Muhammad s.a.w. Nabi Muhammad s.a.w. terpilih kerana jawapannya ialah, "Saya adalah anak yatim"
Gunung Al-Juudi memperolehi darjat dan penghormatan kerana Allah s.w.t. meletakkan bahtera Nabi Nuh a.s. dan orang-orang beriman di atasnya.
Allah Ta'ala memilih gunung Thursina menjadi tempat Nabi Musa a.s. berdiri di atasnya sewaktu berbicara denganNya.
Di antara ikan-ikan laut , ikan Nun telah menerima kemulian dengan menempatkan Nabi Yunus a.s. dalam perutnya.
Manakala lebah pula bila mendengar wahyu bahawa Allah s.w.t. akan meletakkan sejenis minuman yang boleh menjadi ubat yang paling mujarab (untuk menyembuhkan beraneka penyakit kepada manusia) di mulut salah satu dari burung-burung dan jenis-jenis serangga yang boleh terbang, maka berkatalah lebah dengan merendah diri sebagaimana yang diucapkan oleh gunung Al-Juudi, gunung Thursina, dan Ikan Nun dahulu. "...Siapalah aku ini sehingga Allah akan meletakan ubat kegunaan manusia di mulutku."
Sedangkan burung-burung dan serangga-serangga yang lain sudah mulai merasa merekalah yang akan terpilih. Masing-masing menyangkakan merekalah yang lebih layak.
Oleh kerana sikap rendah diri itu lebah telah diberi kelebihan dan Allah mengangkat darjatnya. madu yang menjadi raja segala ubat bagi penyembuh segala penyakit buat manusia telah diletakan Allah dalam mulut lebah.







No comments:

Post a Comment